Monday, August 23, 2010

TALAK MELALUI PESANAN RINGKAS (SMS)

Dimana letaknya nilai seorang isteri? Adakah ianya sama nilainya dengan SMS yang hanya berharga 10 sen? Wahai lelaki...renungkan lah. Tuhan memberi kelebihan kepadamu untuk mentalakkan isteri.. Kelebihan itu bukan untuk kau gunakan sewenang-wenangnya.. Tuhan berikan akal untuk berfikir secara waras. Jadi, jangan la meletakkan dirimu sama taraf seperti haiwan yang tidak berakal...!!!


Tiada apa lagi yang tinggal untukmu.. Seluruh jiwa ragaku telah mati..

Perceraian perlu dilakukan dengan ma’ruf. Perceraian tidak sepatutnya digunakan untuk menjatuhkan martabat isteri. Tapi kau, suami yang telah kunikahi dengan kerelaaku, begitu menggunakan kuasa talak dengan sewenang wenang.

Islam menetapkan peraturan perceraian dengan begitu halus dan teliti agar tidak ada mana-mana pihak yang teraniaya. Tapi aku...? Fikirlah...

Sekiranya perkahwinan boleh disambut dengan cara baik, dengan cara terhormat, dengan cara terpuji, kenduri dibuat, sekampung dipanggil. Tapi, kenapa perpisahan ini tak boleh dibuat begitu?

Tuhan ini maha adil...hari ini kau buat aku, esok kau juga akan merasai yang sama...

Aku pohon pada tuhan, agar aku diampuni.. Aku pohon pada tuhan agar aku diberi kesabaran yang tertinggi. Aku pohon pada tuhan agar aku tabah menghadapi semua ini. Hanya pada tuhan... Hanya padamu Ya Rabbi..!!