Monday, December 3, 2012

JATUH BANGUN, HITAM PUTIH HIDUPKU..!!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
 
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
 
Tiba-tiba hati terpanggil untuk berblogging semula setelah lama meninggalkan dunia blog ni. Kerana terlalu byk kisah sedih hidupku didalamnya. Jatuh dan bangun hidupku tercatit didalam blog ini. Walaubagaimanapun, kisah perit hidup saya itu telah banyak mengajar saya erti kehidupan. Perasaan peritnya bila kita jatuh dan umpama berada disatu ruang paling dalam dan paling hitam. Saat diri hilang pedoman dan jauh dari cahaya keimanan. Namun saya bersyukur kerana tuhan tarik diri semula diri saya dr zaman kejatuhan itu. Tuhan berikan saya nyawa baru. Tuhan anugerahkan saya kebahagiaan yang telah hilang. DIA gantikan dengan yang lebih baik dr yang sebelumnya. Betul lah kata pepatah “PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI”
 
 
Bila kita jatuh, tersungkur, tergolek, terlentang.. Jgn la lupa untuk bangkit.. Yakinlah bahawa itu adalah dugaan hidup yang tuhan berikan untuk mengajar kita erti kehidupan.
 
Bangkitlah untuk menjadi lebih kuat, gagah dan matang utk hari esok.


 
Bercakap lebih senang dari yang mengalami dan merasakan. Mungkin pada orang lain, perkara ini dianggap enteng. Namun bagi saya, tak mungkin saya lupakan saat kejatuhan itu. Kerna kejatuhan itulah yang telah merubah hidup saya. Hanya mereka yang pernah mengalami jer yg tahu mcm mana perasaan itu! It's not easy to forget someone - you may forget him..But you can learn from it. Everything in life is a lesson.. What you take from, what you learned is, what is important for. If something happen to your life, it’s happen for a reason... N always remember that u will forgive but YOU’LL NEVER FORGET... Saya akan ingat sampai mati pun akan nama dia yg pernah mensia-siakan hidup saya. Yang tak pernah hargai erti setiap pengorbanan saya pada dia. Dan sampai mati pun saya takkan maafkan dia dan tak akan sama sekali halalkan duit yg saya pernah habiskan buat dia.

Teringat saya pd lirik lagu ni..
 
At first I was afraid
I was petrified
I kept thinking
I could never live without you
By my side
But then I spent so many nights
Just thinking how you've done me wrong
I grew strong
I learned how to get along

Bermakna sangat lagu ni ? Apa yang telah terjadi adalah semangat untuk saya bangkit. Tak nak lagi lihat apa yang dia dahhh buat pada saya sbb itu akan melemahkan kita dan akan terus jatuh. Buat mereka yg mengalami pengalaman yg sama sepeti saya. Bangkit lah.... Dunia belum berakhir ! Kita kena bangkit n prove to everyone yang diri kita, semangat kita lebih kuat dr yang mereka sangkakan.

Now, i’m very proud of myself. Pesanan saya pada “dia”. Dulu awak halau saya macam kucing kurap tapi sekarang awak patut rasa malu pada diri awak sendiri. Saya ada career yg bagus. Saya ada suami yg menyayangi saya siang dan malam, saya ada anak yg comel, saya ada kereta sendiri dan saya mampu beli rumah sendiri hasil titik peluh saya tanpa mengharapkan harta mak bapak saya. If i compare myself dgn “dia”. Saya hanya bole tersenyum sinis... (hanya saya jer yg tahu mcm mana perasaan tu)...

Bukan niat saya nak bangga diri tapi mmg saya nak tunjukkan pada dia yg saya masih mampu hidup lepas dia buang saya ke lembah yg hina. Dulu, Kerana 1 salah saya, dia layan saya mcm anjing. Agaknya dia lupa dgn salah dia yg dia buat berulang-ulang kali pada saya. dia lupa mcm mana sakitnya saya bila disakiti berulang2 kali. Hati dan perasaan saya derita bila hidup dengan dia. Saya bersyukur sangat yg saya tak lagi bersama dengan dia. Hanya tuhan jer yg tahu...

So, to cut in short, learn to wake up when you fall. Life is too short to wasting your time by keep begging, keep calling, keep stalking, and keep waiting someone that never be yours.... and never know how to appreciate their wife.

Again...!!
 
Go on now, go walk out the door
Just turn around now
('cause) you're not welcome anymore
Weren't you the one who tried to hurt me with goodbye
Do you think I'd crumble
Did you think I'd lay down and die?
Oh no, not I.
I will survive

I really love this song.
 
Credit to Gloria Gaynor... Muahhh...Muahhhhh....
Nasihat saya, bila kita jatuh dan hilang punca, balik la ke titik dimana kita bermula. Ingatlah bahawa Tuhan tidak akan menguji hambanya lebih dari apa yang dia mampu. Banyak2 lah berdoa dlm solatmu dan minta padanya agar dipermudahkan hidupmu. Dan mintalah petunjuk darinye untuk kembali.
 
Semoga pengalaman itu bakal mendewasakan kita. Yakinlah setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Tuhan tak akan menguji kita lebih dari batas kemampuan kita.
 
Wallahualam.
 
Wassalam..

Tuesday, August 24, 2010

Tiada Lagi (Amy Search)

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada


Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

P/S: Buat Zin Azharee Hassan, kau harus tahu bahawa tiada lagi cinta di dalam di dalam hatiku. Kau telah menyemai perasaan benci itu dan kini perasaan itu sedang subur di dalam hatiku. Tidak akan ada lagi Zin AzhareeHassan dihatiku. Tidak sama sekali... Terima kasih kerana mengajarku erti sebuah pengorbanan. Kerna selepas ini, tidak akan ada lagi pengorbanan dariku buat sesiapa pun...

Monday, August 23, 2010

TALAK MELALUI PESANAN RINGKAS (SMS)

Dimana letaknya nilai seorang isteri? Adakah ianya sama nilainya dengan SMS yang hanya berharga 10 sen? Wahai lelaki...renungkan lah. Tuhan memberi kelebihan kepadamu untuk mentalakkan isteri.. Kelebihan itu bukan untuk kau gunakan sewenang-wenangnya.. Tuhan berikan akal untuk berfikir secara waras. Jadi, jangan la meletakkan dirimu sama taraf seperti haiwan yang tidak berakal...!!!


Tiada apa lagi yang tinggal untukmu.. Seluruh jiwa ragaku telah mati..

Perceraian perlu dilakukan dengan ma’ruf. Perceraian tidak sepatutnya digunakan untuk menjatuhkan martabat isteri. Tapi kau, suami yang telah kunikahi dengan kerelaaku, begitu menggunakan kuasa talak dengan sewenang wenang.

Islam menetapkan peraturan perceraian dengan begitu halus dan teliti agar tidak ada mana-mana pihak yang teraniaya. Tapi aku...? Fikirlah...

Sekiranya perkahwinan boleh disambut dengan cara baik, dengan cara terhormat, dengan cara terpuji, kenduri dibuat, sekampung dipanggil. Tapi, kenapa perpisahan ini tak boleh dibuat begitu?

Tuhan ini maha adil...hari ini kau buat aku, esok kau juga akan merasai yang sama...

Aku pohon pada tuhan, agar aku diampuni.. Aku pohon pada tuhan agar aku diberi kesabaran yang tertinggi. Aku pohon pada tuhan agar aku tabah menghadapi semua ini. Hanya pada tuhan... Hanya padamu Ya Rabbi..!!

Friday, August 20, 2010

KETIKA FIKIRANKU MELAWAN HATIKU

Kadang dalam hidup ini, kita harus menjalani sesuatu yang semuanya di luar perkiraan, kemahuan, keinginan dan kehendak kita. Disaat fikiranku melawan hatiku, terlalu sukar untuk ku menentukan pilihan dalam hidup ini.... Aku hanya ingin bahagia...namun hatiku terluka...Aku ingin tertawa namun hatiku menangis. Otakku yang selalu berfikir secara rasional mampu memahami, mampu menerima hakikat kenyataan dan alasan kenapa aku kecewa...kenapa dia yang setelah skian lama yang telah bertahun-tahun menjadi pendampingku dalam suka duka hidupku... kini.... harus pergi tanpa bekas dengan alasan yang tak mampu diterima oleh akal sihatku.

Namun yang tak mampu aku mengerti.... HATIKU TAK PERNAH RELA KEHILANGAN DIA.... Hatiku selalu mengharap semua ini mimpi.... Hatiku tak pernah menerimanya dengan redha. Hatiku tidak pernah mahu menerima bila pengorbananku dipersoalkan. Kesucian cintaku diperlekehkan. HATIKU TERLALU INGIN DAN SANGAT MEMERLUKAN DIA... Aku rapuh aku lemah. Tiada lagi ghairah hidupku. Apa pun yang aku lakukan seolah tiada ertinya lagi. HATIKU MENANGIS..... Terlalu sedih, terlalu terluka. Air mataku dah tiada ertinya. Hidupku dah tiada serinya... Sedangkan dia? Bahagia di atas penderitaanku. Sedarkah kau sayang... yang kebahagiaanmu perluku bayar dengan titik-titik air mataku...

Pertempuran antara hati dan fikiranku membuat jiwa ragaku lemah.. BETAPA TIDAK ADILNYA DIRIMU MENGHAKIMIKU.... KEMANA PERGINYA UNGKAPAN SAYANG DAN CINTA YANG KAU AGUNG2KAN? KEMANA PERGINYA PERASAAN KASIHMU ITU...DIMANA BISIKAN HATI YANG INDAH ITU... KENAPA HARUS DI BUANG DEMI SEJENGKAL PERKIRAAN TENTANG KEHIDUPAN YANG PANJANG....BEGITU TIDAK BERHARGAKAH PERASAAN ITU????

Tuesday, August 17, 2010

KEPEDIHAN YANG BELUM BERLALU

:: kesedihan yg berterusan ::

Rasanya dah lama aku tak meluahkan apa yang sebenarnya terpendam dalam hati aku. Disaat ini aku kembali sendiri. Kebahagiaan rumahtangga yang kuimpikan akhirnya berakhir jua. ketakutan yang ku elakkan akhirnya merempuhku jua. aku pasrah.aku redha dgn ketentuan ini.bukannya sekali dua pernah terjadi..berkali2 aku disakiti, xterhingga dan perasaan aku ini umpama sudah lali kerana dipermainkan. Ahh..mungkin ada hikmahnya.

Tapi, walau apa pun aku tetap mnyalahkan diri aku atas sgala perpisahan yg terjadi.Mmg aku akui aku xckup bgus utk dia.aku punya byk kekurangan. tapi percayalah aku sntiasa cuba utk mnjadi yg terbaik utknya. cuma kesakitan, penderitaan, limit kesabaran yang kutanggung selama ini terluah dengan perbuatan, tidak dengan perkataan. Kepada dia "adakah awak faham penderitaan saya?adakah awak faham perasaan saya? adakah awak faham erti kesabaran yang saya korbankan untuk awak?". aku cuba dan cuba bertahan namun aku tewas. aku tak terdaya lagi untuk menanggungnya sndri, mngorbankan perasaanku sndiri demi dia. Kawan2, keluarga, jiran2 dan orang sekeliling hanya nmpk keburukan aku lantas mngenepikan kebaikan aku. tahukah mereka tentang penderitaan yang aku alami? Faham kah mereka tentang kesakitan yang aku alami? Membantukah mereka bila tubuh badanku disakiti? Tiada siape pun yg tahu diri aku yg sebenar.. Jadi, jangan la menghukumku selagi kamu semua tak tahu apa yg berlaku. Tiada siapa yang layak untuk menghakimiku didunia ini.

Aku percaya pd kebaikn, pada cinta, malah aku sntisa percaya pd erti kasih sayang, pada pengorbanan hingga pengorbanan itu sendiri terkorban...tp ape yg aku dpt..hanyala kebencian dan perpisahan.

Namun jauh disudut hatiku, aku percaya. pasti ada kebahagiaan ku yang menanti dihujung sana. Aku berdoa kepada tuhan agar dikurangkan kesakitan ini. ditambahkan kesabaran aku. digantikan yang telah hilang. ditunjukkan jalan yang benar. dan dikurniakan keampunan. Mudahan aku dpt melupakan sgla kepedihan yg dia berikn ini..aminn ya rabbal alamin..

HATI YANG KAU SAKITI - ROSSA

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanyalah untukku
karna kini kau telah membaginya

* maafkan jika memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff: ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

repeat *, ** repeat reff
ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

Friday, August 6, 2010

KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUKKU


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta dan kasih sayang yg begitu melimpah ruah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cintamu padaku..
Memperlakukanku dgn kasih sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..
Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap tempat berteduhku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah rumah yg indah untukku, yang kukuh dan penuh kasih sayang…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi tongkat hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku.



Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk syurga." (HR. Ahmad dan Thabrani)