Friday, August 20, 2010

KETIKA FIKIRANKU MELAWAN HATIKU

Kadang dalam hidup ini, kita harus menjalani sesuatu yang semuanya di luar perkiraan, kemahuan, keinginan dan kehendak kita. Disaat fikiranku melawan hatiku, terlalu sukar untuk ku menentukan pilihan dalam hidup ini.... Aku hanya ingin bahagia...namun hatiku terluka...Aku ingin tertawa namun hatiku menangis. Otakku yang selalu berfikir secara rasional mampu memahami, mampu menerima hakikat kenyataan dan alasan kenapa aku kecewa...kenapa dia yang setelah skian lama yang telah bertahun-tahun menjadi pendampingku dalam suka duka hidupku... kini.... harus pergi tanpa bekas dengan alasan yang tak mampu diterima oleh akal sihatku.

Namun yang tak mampu aku mengerti.... HATIKU TAK PERNAH RELA KEHILANGAN DIA.... Hatiku selalu mengharap semua ini mimpi.... Hatiku tak pernah menerimanya dengan redha. Hatiku tidak pernah mahu menerima bila pengorbananku dipersoalkan. Kesucian cintaku diperlekehkan. HATIKU TERLALU INGIN DAN SANGAT MEMERLUKAN DIA... Aku rapuh aku lemah. Tiada lagi ghairah hidupku. Apa pun yang aku lakukan seolah tiada ertinya lagi. HATIKU MENANGIS..... Terlalu sedih, terlalu terluka. Air mataku dah tiada ertinya. Hidupku dah tiada serinya... Sedangkan dia? Bahagia di atas penderitaanku. Sedarkah kau sayang... yang kebahagiaanmu perluku bayar dengan titik-titik air mataku...

Pertempuran antara hati dan fikiranku membuat jiwa ragaku lemah.. BETAPA TIDAK ADILNYA DIRIMU MENGHAKIMIKU.... KEMANA PERGINYA UNGKAPAN SAYANG DAN CINTA YANG KAU AGUNG2KAN? KEMANA PERGINYA PERASAAN KASIHMU ITU...DIMANA BISIKAN HATI YANG INDAH ITU... KENAPA HARUS DI BUANG DEMI SEJENGKAL PERKIRAAN TENTANG KEHIDUPAN YANG PANJANG....BEGITU TIDAK BERHARGAKAH PERASAAN ITU????

Tuesday, August 17, 2010

KEPEDIHAN YANG BELUM BERLALU

:: kesedihan yg berterusan ::

Rasanya dah lama aku tak meluahkan apa yang sebenarnya terpendam dalam hati aku. Disaat ini aku kembali sendiri. Kebahagiaan rumahtangga yang kuimpikan akhirnya berakhir jua. ketakutan yang ku elakkan akhirnya merempuhku jua. aku pasrah.aku redha dgn ketentuan ini.bukannya sekali dua pernah terjadi..berkali2 aku disakiti, xterhingga dan perasaan aku ini umpama sudah lali kerana dipermainkan. Ahh..mungkin ada hikmahnya.

Tapi, walau apa pun aku tetap mnyalahkan diri aku atas sgala perpisahan yg terjadi.Mmg aku akui aku xckup bgus utk dia.aku punya byk kekurangan. tapi percayalah aku sntiasa cuba utk mnjadi yg terbaik utknya. cuma kesakitan, penderitaan, limit kesabaran yang kutanggung selama ini terluah dengan perbuatan, tidak dengan perkataan. Kepada dia "adakah awak faham penderitaan saya?adakah awak faham perasaan saya? adakah awak faham erti kesabaran yang saya korbankan untuk awak?". aku cuba dan cuba bertahan namun aku tewas. aku tak terdaya lagi untuk menanggungnya sndri, mngorbankan perasaanku sndiri demi dia. Kawan2, keluarga, jiran2 dan orang sekeliling hanya nmpk keburukan aku lantas mngenepikan kebaikan aku. tahukah mereka tentang penderitaan yang aku alami? Faham kah mereka tentang kesakitan yang aku alami? Membantukah mereka bila tubuh badanku disakiti? Tiada siape pun yg tahu diri aku yg sebenar.. Jadi, jangan la menghukumku selagi kamu semua tak tahu apa yg berlaku. Tiada siapa yang layak untuk menghakimiku didunia ini.

Aku percaya pd kebaikn, pada cinta, malah aku sntisa percaya pd erti kasih sayang, pada pengorbanan hingga pengorbanan itu sendiri terkorban...tp ape yg aku dpt..hanyala kebencian dan perpisahan.

Namun jauh disudut hatiku, aku percaya. pasti ada kebahagiaan ku yang menanti dihujung sana. Aku berdoa kepada tuhan agar dikurangkan kesakitan ini. ditambahkan kesabaran aku. digantikan yang telah hilang. ditunjukkan jalan yang benar. dan dikurniakan keampunan. Mudahan aku dpt melupakan sgla kepedihan yg dia berikn ini..aminn ya rabbal alamin..

HATI YANG KAU SAKITI - ROSSA

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanyalah untukku
karna kini kau telah membaginya

* maafkan jika memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff: ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

repeat *, ** repeat reff
ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

Friday, August 6, 2010

KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUKKU


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta dan kasih sayang yg begitu melimpah ruah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cintamu padaku..
Memperlakukanku dgn kasih sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..
Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap tempat berteduhku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah rumah yg indah untukku, yang kukuh dan penuh kasih sayang…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi tongkat hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku.



Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk syurga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

Monday, September 14, 2009

MUHASABAH DIRI AKAN KEKURANGANMU DAN KEKURANGANKU

Kenapa Dia Curang???


Sakitnya hati!

Orang yg kita cintai telah berlaku curang dalam diam. Paling teruk, ada yg melakukannya terang-terangan di depan mata! Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!


Hidup Terkongkong

Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.


Rasa Marah

Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.


Rasa Rendah Diri

Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi kawan2 yg berjaya dan lebih berpengaruh. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai dan anda lebih memerlukan nasihat dari kawan yang berlainan jantina. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan mencari orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!


Sering Berjauhan

Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!


Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang

Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.


Komunikasi Yang Hambar

Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.

Kurangnya Nafkah Zahir & Batin

Ingin diingatkan kepada anda pilihlah suami/isteri dan dapat memenuhi tuntutan nafkah zahir dan batinmu. Jangan menyimpan ketidakpuasan hatimu, kelak menyumbang kepada kecurangan. Akibat rasa memberontak didalam hati, si dia mencari jalan untuk melupakan masalah yang tak terbendung di dalam hati nya.


Landasan Hubungan Yang Rapuh

Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2 atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!


Merasa Tidak Dihargai

Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka. Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan "membalas" dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.


Mahu Lebih Bahagia

Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas.


Hubungan Terlalu Rutin

Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya, malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.


Sikap Playboy!

Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik, Seksi, lebih bergaya dan lebih BERJAYA. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda. Walaupun anda mempertahankan hubungan anda hingga berakhir dengan perkahwinan, namun anda pasti merasakan igauan sikap playboy si dia. Adakah si dia jujur selepas memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya? Anda fikirkan kerana dia lah pilihan anda.


Ada Orang Tidak Puas Hati

Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga- lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!

Tuesday, February 17, 2009



Hi guy, just to share with all of my friend that this is my lovely husband. Please pray for my marriage happily ever after... I dont want to share him with any women anymore. He' mine and will always mine.

Tuesday, September 23, 2008

Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMuBerilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah
sesungguhnyaAku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri SolehaHanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliruKerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..